TIP PENJAGAAN BENIH LAT
- Tips ini tidak bermaksud untuk menggantikan Kursus Penternakan Lobster, saya membuat nya hanya sekadar untuk info apa apa yang terlintas difikiran saya dan yang selalu ditanyakan oleh pelanggan saya.
- Untuk info yg lebih mendalam, pergi lah sertai kursus yg ditawarkan, bukan mahal mana pon, sekitar RM100 – RM200 jer.
- Tips ini Saya tulis pon apa yg teringat oleh saya. Tips ini mungkin akan dikemas kini secara harian atau mingguan, bergantung kpd masa yg terluang dan keperluan. Ia nya juga tidak mengikut katagori perjagaan. Ia juga saya tulis hasil dari bahan media yg saya baca dan lihat.
- Saya banyak membuat perbandingan info dari otai2 yg da lama dalam bidang nie.
- Air, air yg terbaik ialah air dari bukit dan pergunungan yg mengalir kerana ia mengandungi kandungan mineral yg diperlukan lobster secara semula jadi. Air sungai yg tidak tercemar oleh perindustrian. Air tasik pun sama. Jika anda menggunakan air paip, sila dedah/biarkan sekurang kurang 2-3 hari, lebih lama lebih bagus untuk menghilangkan klorin dari dalam air secara pengeluapan (evaporation). Jika tidak, gunakan anti klorin, biarkan 1-2 jam terlebih dahulu untuk “chemical reaction” bertindak untuk menukar klorin kpd bahan yg bukan toksid. Tolong jgn beli anti klorin yg amat murah kerana kita tidak dapat tahu apakah sebenarnya ada didalam botol itu. Tidak ada makmal yg membuat ujian item saperti ini. Saya mengguna Seachem Prime anti klorin 325ml berharga RM50. Air hujan pulak ???…………soalan cepumas ni !!!, tidak bagus dan tidak baik. Kenapa ???…….cepumas lagi ni!!!, kerana air hujan mengandungi kosong (0, zero) mineral. Air hujan yg di tadah menggunakan bekas yg sesuai, dikawasan yg bersih adalah bersamaan dgn air bateri. Kosong, zero minerals. Apabila tidak ada minerals, benih lobster terutamanya, jadi tak sihat, immune system jadi lemah dan mudah kena penyakit, tumbesar terbantut, rasanya lama kelamaan akan mati juga. Air hujan condong ke arah asid. PH air hujan kebanyakkanya kurang dari 7.0. Tidak sesuai untuk lobster. PH yg sesuai, ada banyak versi disini, rata rata mengatakan dari 7.2 – 8.5. Diluar dari PH itu, sama ada kurang atau lebih memberi kesan kpd lobster. Tuan tuan, jika mahu menjaga kualiti air secara serius, terpaksa membeli PH dan TDS meter. Untuk lebih penjagaan lagi harus ada Ammonia kits. PH & TDS meter, satu set harganya kurang dari RM50 rasanya. Sedangkan saya yg ada peralatan ini pon, ada juga baby lobster yg mati, mugkin kerana bergaduh ??…………..mungkin. Rata rata, kolam saya PH: 7.5-8.2 dan PPM dari 120-270. Dari bahan bacaan yg saya dapat dan search berganda kerana ada banyak versi PPM yg sesuai, ialah 200 – 500. Bacaan 200 adalah baseline kesesuaian, dan 500 ada bacaan maximum. Apabila bacaaan menghampiri atau lebih 500, tukarkan air 50%, supaya dapat bacaan sekitar 200-300. Ketinggian air didalam kolam bergantung kpd beberapa keaadan. Pertama, berapa size kolam, makin kecil, makin sikit paras air nya. Makin besar boleh makin makin tinggi. Tetapi, kpd kolam yg ada pump atau aeration, paras air tidak menjadi masaalah,lebih elok tinggi kerana pengudaraan adalah saimbang. Kpd yg tiada pump elok paras rendah untuk pengudaraan yg mencukupi. Didalam konteks ini, bagi saya rendah adalah sekitar 3 inci (8cm) dan tinggi adalah sekitar 8 inci (20cm). Cuma, sila ambil kira, paras air yg rendah bermakna quantity air sedikit dibandingkan dgn air yg dalam, kandungan ammonia akan naik mendadak didalam air yg sedikit jika di buat perbandingan air yg lebih dalam/banyak. ……….AKAN BERSAMBUNG……
- Apakah itu pH meter?….pH meter ialah Potential of Hydrogen. Apakah itu TDS meter. TDS ialah Total Dissolved Solid. Total Dissolved Solid ialah berapa banyak segala benda yg terlarut didalam air itu. Biasa nya ia adalah bahan yg terkandung didalam tanah saperti Calcium, Potassium, Magnesium, Aluminium dll………banyak sangat. Dan unit nya pula adalah PPM, parts per million. Bacaan 0-7 Asid, bacaan 7-14 Alkali. Sila lihat carta diatas untuk memahami Asid dan Alkali
Comments
Post a Comment